Wednesday, July 22, 2015

Apa itu perkakasan?

Dalam dunia komputer, perkakasan merujuk kepada komponen-komponen fizikal yang dapat dilihat, disentuh dan dipegang bagi menjadikan ia satu sistem komputer. Terdapat pelbagai jenis perkakasan yang boleh dipasang di dalam dan disambung di luar sesebuah komputer.


Berikut adalah perkakasan yang terdapat di dalam komputer :


  • Papan Induk (Motherboard)
  • Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit / CPU)
  • Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory / RAM)
  • Bekalan Kuasa (Power Supply Unit / PSU)
  • Kipas (Fan)
  • Kad Video (Video Card)
  • Cakera Liat (Hard Drive)
  • Cakera Optik (Optical Disk / DVD or CD Drive)
Berikut pula adalah perkakasan yang bersambung di luar komputer :


  • Monitor
  • Papan Kekunci (Keyboard)
  • Tetikus (Mouse)
  • Pembesar Suara (Speaker)
  • Mikrofon (Microphone)
  • Pencetak (Printer)
  • Pengimbas (Scanner) 


0 comments:

Post a Comment