Wednesday, July 15, 2015

Apa itu perisian?



Perisian ataupun software adalah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu sistem komputer. Ia juga merupakan arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
Antara fungsi-fungsi perisian adalah :
  • Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.
  • Mengurus sumber-sumber komputer.
  • Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan.
  • Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
Jenis-jenis perisian :

Secara amnya, perisian boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
  1. Perisian Sistem : Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan  (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs).Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti.   
  2. Perisian Aplikasi : Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific programs”. Contoh: Penterjemah (translator) dan “editor” bahasa pengaturcaraan, alatan-alatan pengaturcaraan, dan pakej CASE (Computer-Aided Software Engineering).



0 comments:

Post a Comment