Wednesday, August 19, 2015

Bagaimana menggunakan Whatsapp di computer?



Tahukah anda, WhatsApp boleh digunakan di komputer anda. Ini merupakan ciri terbaru yang terdapat di WhatsApp bagi membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp di smartphone dan komputer. Ia di namakan WhatsApp Web. Mesej yang di hantar dan di terima akan di sync antara smartphone dan komputer, ini membolehkan anda melihat mesej di kedua-dua peranti. Buat masa ini, WhatsApp Web hanya terdapat untuk AndroidiPhone 8.1+Windows Phone 8.0 and 8.1,Nokia S60Nokia S40 EVOBlackBerry dan BlackBerry 10 smartphones.

Keperluan minima untuk menggunakan WhatsApp Web

  • Akaun WhatsApp yang aktiv di smartphone.
  • Sambungan internet yang stabil di komputer dan smartphone.
  • Versi terkini Chrome, Firefox, Opera atau Safari di komputer.
Cara menggunakan WhatsApp Web
  1. Layari web.whatsapp.com di komputer anda.
  2. Buka WhatsApp di smartphone anda.
    • Di Android, Nokia S60 and Windows Phone: go to Menu > WhatsApp Web.
    • Di iPhone: go to Settings > WhatsApp Web.
    • Di BlackBerry: go to Chats > Menu > WhatsApp Web.
    • Di BlackBerry 10: Swipe down from top of the screen > WhatsApp Web.
    • Di Nokia S40: Swipe up from bottom of screen > WhatsApp Web.
  3. Scan QR Code di komputer anda mengunakan smartphone.
Di smartphone anda, pilih WhatsApp Web untuk logged in atau logout sesi WhatsApp Web yang aktif.

NotaUntuk mengelakkan caj penggunaan data pada telefon anda, kami syorkan anda sentiasa disambungkan ke Wi- Fi apabila menggunakan WhatsApp Web.

Wednesday, August 12, 2015

Bagaimana hendak rotate screen laptop atau desktop?





Jika anda menggunakan Windows 7 atau 8, anda boleh rotate screen anda ke 90°, 180° or 270° bila- bila masa hanya dengan menekan 3 kunci.

Tekan CTRL + ALT + arrow key bergantung pada arah mana anda hendak rotate screen anda.

Screen anda akan hitam untuk beberapa saat, kemudian akan bertukar ke arah screen yang anda mahukan. Untuk kembali ke asal. tekan CTRL + ALT + arrow key atas.

Selamat mencuba.



Wednesday, August 5, 2015

Bagaimana menonton movie atau siri tv di komputer secara percuma.





Kepada yang suka menonton movie atau siri tv secara streaming secara percuma, terdapat satu software yang memudahkan anda untuk melakukannya. Software yang dimaksudkan ialah Kodi (dulu dikenali sebagai XBMC).

Kodi adalah open source home theater software untuk memainkan video, muzik, gambar, permainan, dan banyak lagi. Kodi boleh di install pada Linux, OS X, Windows, iOS, dan Android Ia membolehkan pengguna untuk bermain dan melihat kebanyakan video, muzik, podcast, dan lain-lain fail media digital dalam media storan tempatan serta rangkaian dan internet.

Installer Kodi boleh didapati di link berikut :


Setelah kodi di install, anda perlu membuat setting dengan menambah addons untuk menbolehkan ia berfungsi secara maksimum. Antara addons yang popular ialah Genesis, Iceflims, Phoenix, 1 Channel dan Navi X. Dengan menambah addons ini anda akan dapat movie atau siri tv secara streaming secara percuma,

Untuk yang tidak mahir untuk membuat setting ini. Jangan bimbang, anda boleh download kodi yang telah siap di setting dengan addons yg popular. Dengan mengunakan cara ini, anda tidak perlu pening-pening untuk mencari addons. Installer ini dinamakan TVMC.

Installer Kodi (TVMC) yang telah siap di setting boleh didapati di link berikut:




Selamat datang ke Kodi dan happy streaming.


Wednesday, July 29, 2015

10 shortcut keyboard yg perlu kita tahu.


Dengan mengetahui shortcut keyboard, kita dapat menjimatkan masa dalam menyiapkan kerja kita.
Sebagai contoh untuk copy text, kita boleh tekan CTRL + C. Berikut merupakan senarai shortcut keyboard yang boleh kita ingati dan gunakan.

1) CTRL + C (copy teks)

2) CTRL + P (paste teks)

3) CRTL + Y (redo)

4) CTRL + Z (undo)

5) CTRL + F (find)

6) CTRL + A (select all)

7) CTRL + R (refresh)

8) CTRL + F (find)

9) CTRL + Esc (windows startup)

10) CTRL + D (delete)


Wednesday, July 22, 2015

Apa itu perkakasan?

Dalam dunia komputer, perkakasan merujuk kepada komponen-komponen fizikal yang dapat dilihat, disentuh dan dipegang bagi menjadikan ia satu sistem komputer. Terdapat pelbagai jenis perkakasan yang boleh dipasang di dalam dan disambung di luar sesebuah komputer.

Berikut adalah perkakasan yang terdapat di dalam komputer :


  • Papan Induk (Motherboard)
  • Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit / CPU)
  • Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory / RAM)
  • Bekalan Kuasa (Power Supply Unit / PSU)
  • Kipas (Fan)
  • Kad Video (Video Card)
  • Cakera Liat (Hard Drive)
  • Cakera Optik (Optical Disk / DVD or CD Drive)
Berikut pula adalah perkakasan yang bersambung di luar komputer :


  • Monitor
  • Papan Kekunci (Keyboard)
  • Tetikus (Mouse)
  • Pembesar Suara (Speaker)
  • Mikrofon (Microphone)
  • Pencetak (Printer)
  • Pengimbas (Scanner) 


Wednesday, July 15, 2015

Apa itu perisian?



Perisian ataupun software adalah aturcara komputer yang mentadbir operasi sesuatu sistem komputer. Ia juga merupakan arahan-arahan lengkap dalam bentuk aturcara dan prosedur yang mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan maklumat.
Antara fungsi-fungsi perisian adalah :
  • Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.
  • Mengurus sumber-sumber komputer.
  • Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan.
  • Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
Jenis-jenis perisian :

Secara amnya, perisian boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:
  1. Perisian Sistem : Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan  (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs).Contoh: Sistem pengoperasian, aturcara pengurusan rangkaian, sistem pengurusan pangkalan data, dan sistem utiliti.   
  2. Perisian Aplikasi : Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific programs”. Contoh: Penterjemah (translator) dan “editor” bahasa pengaturcaraan, alatan-alatan pengaturcaraan, dan pakej CASE (Computer-Aided Software Engineering).